Tuesday, April 21, 2009

:: projek khas ::

hahaha... tajuk cam projek besar jer... padahal buat cupcakes jer... ari sabtu lps aku sempat la wat cupcakes ngan poo.. cupcakes ni poo yg plan nk wat utk majlis mkn2 kt tmpt keje dia..
semangat tul wat cupcakes ni.. dan hasilnya..

taadaaa...


gambar guna camera enset jer so kualiti kureng skit


ni la hasil kerjasama aku + poo + wawa utk 1st time buat cupcakes yg ada deco nih..
ikut suka ja nk wat cam na..
hahaha.. cam ni la org blaja x abis.. tok guru lak jauh nun di utara..
yg best nya tok guru pun x dan nk try lg..
anak murid lak yg ter'advance' ... hahaha...
sbnrnya cc ni jauh berjln sampai ke melaka... last2 blk putrajaya blk.. haha..
mcm2 crita disebalik pembikinan cc nih.. lawak2...


to kakngah : tok guru sorila yer anak murid ter'advance' skit.. hahaha







Friday, April 17, 2009

:: penat + letih ::

lama aku x update blog nih... betul2 x de masa..
agak sibuk skit mggu ni.. kena lak wat keje luar..
spnjg mggu ni aku ada kt empress hotel sepang... ada keje skit kt sini..
ari sabtu nk wat projek cc ngan cik poo..
ari ahad ni lak kenduri kawen apis kt mlk...
apis ni classmate aku masa kt adtec dulu...
ari rabu lak ada interbiu lagi daaa... kt spa parcel C..
penuh jadual aku bln 4 ni...
assignment aku x siappp lgggg.... uwaaaaaa....

next month final exam dahhh....

aduh.. fenin kepala ku...

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku"
amin



:: award given by kakngah ::

award rules

1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded
2. Make sure u take the pic n said it is from
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

1. award picture


2. given by kakngah bucuk...

3. 10 facts or h0bbies? tak jwb takleh ke? x de idea la.. huhu


4. & 5.

incik wan
cik poo
cik fiza
......
.....


(lagi 2 tuh sapa2 yg nak amek la =D)

Saturday, April 11, 2009

:: MIKHAIL ::

sekian lama aku x update blog aku ni... masa tak mengizinkan.. byk kerja yg perlu dilakukan..
mggu lps aku pi alamanda.. sempat la singgah kt MPH sat.. saja pi tgk2 buku pa yg ada.. skali terpandang novel baru Ramlee Awang Murshid.. MIKHAIL.. baca sipnosis cam menarik... pe lagi tanpa ragu2 terus jer beli... x de pikir2 lg... sbnarnya aku ni salah sorg peminat karya Ramlee Awang Murshid..




MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!



to kak ana : beli x lg mikhail ni... org dh dpt 1 ni..
to kakngah : kalo nk bc tggu kaklong blk next month..